Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads.
1 | P a g e
Contoh Karangan Aku Sebuah Basikal
Aku ialah sebuah basikal yang berjenama Dorris. Aku dilahirkan di sebuah ki...
2 | P a g e
AUTOBIOGRAFI III - Aku Sebuah Televisyen
Aku sebuah televisyen. Aku dilahirkan di Shah Alam, Malaysia. Nama ak...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

karangans

1,369 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

karangans

  1. 1. 1 | P a g e Contoh Karangan Aku Sebuah Basikal Aku ialah sebuah basikal yang berjenama Dorris. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terdapat di Selangor Darul Ehsan. Pada suatu hari, aku telah dihantar ke sebuah kedai basikal di Petaling Jaya,Selangor. Aku dihantar ke Petaling Jaya dengan menggunakan lori kecil. Kedai itu dikenali sebagai JIMMY SHOP SDN. BHD. Di sini, aku dipamerkan kepada orang ramai. Ramai pelanggan yang tertarik dengan kelebihanku tetapi mereka tidak mampu untuk membeliku kerana aku dijual dengan harga yang mahal, iaitu RM300. Pada suatu hari, seorang bapa bersama anak lelaki yang 10 tahun telah membeliku. Dia membayar duit kepada penjual lalu membawa aku pulang ke rumahnya.Aku telah diberikan kepada anak lelakinya itu tadi yang bernama Kevin. Kevin selalu menggunakan aku ke sekolah dan bersiar-siar di sekitar taman permainan yang berdekatan. Aku juga selalu dibawa bersiar-siar di tepi pantai pada hari minggu. Aku berasa sangat bangga kerana dapat berkhidmat kepada tuanku. Aku dijaga dengan begitu baik sekali. Setiap hari, aku dibersihkannya setelah digunakan. Setelah beberapa tahun kemudian, badan-badanku telah berkarat. Cat di badanku juga telah tiada. Aku tidak secantik dulu lagi. Kini aku telah ditempatkan di bangsal kereta ayah kevin. Di sinilah aku menghabiskan sisa-sisa hidup aku sebagai sebuah basikal.
  2. 2 | P a g e AUTOBIOGRAFI III - Aku Sebuah Televisyen Aku sebuah televisyen. Aku dilahirkan di Shah Alam, Malaysia. Nama aku ialah Panasonic, jenama yang terkenal di negara aku. Setelah siap tubuh badanku dibuat, aku dimasukkan ke dalamsebuah kotak yang besar kerana aku berukuran 80 sentimeter. Selepas itu, aku dan rakan-rakan dieksport ke pelbagai negara di seluruh dunia dengan menaiki kapal terbang. Aku dihantar ke sebuah pulau yang bernama Singapura. Setibanya aku di Singapura, aku dapati negara ini mempunyai cuaca yang sama dengan tempat asalku. Aku berasa bertuah kerana dihantar ke sebuah negara yang sememangnya aman, bersih dan harmoni. Aku dihantar ke sebuah kedai barangan elektrik yang berhawa dingin. Situasi ini perlu untuk diriku demi menjaga tubuh badanku yang tidak tahan akan sinaran panas terik matahari. Rupa aku memang berlainan dengan televisyen yang lain. Aku merupakan modal televisyen yang baharu dan berbentuk LCD. Sewaktu dipamerkan, diriku menjadi perhatian ramai terutama mereka yang suka akan modal baru televisyen. Hargaku sedikit mahal berbanding dengan televisyen lain kerana keistimewaan aku. Aku berharga RM1000.00. Pada suatu hari, aku telah dibeli oleh seorang lelaki yang bekerja sebagai pengurus syarikat. Aku dibawa balik ke rumah dan dipasang. Aku berasa beruntung kerana tuanku sangat menyayangi diriku. Kehidupan baharu amat menggembirakan. Setiap malam, tuanku dan keluarganya menggunakan aku untuk menonton rancangan televisyen. Tuan aku menjaga aku dengan baik. Sekelip mata aku telah berkhidmat kepada tuan selama 5 tahun! Aku berasa begitu gembira kerana masih lagi digunakan oleh tuanku. Walaupun tuanku sudah berpindah ke tempat lain, namun beliau tetap membawa aku ke tempat yang baharu. Aku amat berharap agar aku dapat menyumbangkan jasa baktiku hingga aku tidak boleh digunakan lagi. Aku sebuah telefon bimbit Aku sebuah telefon bimbit.Nama aku Samsung.Badan aku berukuran 18 cm sahaja.Badan aku berwarna biru.Aku dilahirkan di Korea pada 8 Ogos 2011. Apabila siap dipasang,kualiti aku diuji oleh juruteknik. Aku berasa gembira kerana telah lulus dalam pemeriksaan kualiti.Kemudian aku dimasukkan ke dalamkotak untuk dieksport ke Malaysia. Aku dihantar ke sebuah kedai telefon bimbit.Apabila sampai di kedai tersebut,aku dipamerkan di dalam sebuah almari kaca.Aku gembira bertemu dengan rakan yang pelbagai jenama,saiz,dan warna. Pada suatu hari,seorang wanita datang ke kedai tersebut.Dia tertarik dengan rupa dan teknologi canggih yang terdapat pada diri aku.Setelah berfikir sejenak,dia membeli aku. Kini aku sudahdimiliki.Tuan baharu aku bernama Kelly Chin Yu Han.Dia menggunakan aku untuk tujuan berkomunikasi dengan kawan-kawannya.Selain itu,aku juga digunakan untuk menghantar sistem pesanan ringkas dan mengambil gambar. Aku berbesar hati kerana dapat berkhidmat kepada tuan aku yang sungguh baik.Aku berharap akan terus dihargai oleh tuan aku sepanjang masa.
chemtest.com.ua

gefest-sv.kiev.ua

https://monaliza.kiev.ua

×